Tuesday, 4 February 2014

Projek Memikat Suami

Salam Selasa
Ok, entry ini adalah rentetan dari hasil pembacaan novel Wedding Breaker a.k.a Ariana Rose dan penontonan drama bersiri Projek Memikat Suami. Buku cerita yang dibeli tahun lepas, hanya berjaya dihabiskan tahun ini. Maklumlah bergelar ibu beranak dua (Hai macam dia sorang je anak dah dua .. please bear with me on this..hihi )

Dalam buku Wedding Breaker tersebut ada satu part yang mana sebelum majlis pernikahan Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil maka si ibu nya telah berpesan kepada anak gadisnya berkenaan tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya. Melalui pesanan tersebut saya garap semula nasihat-nasihat tersebut sebagai  entry Projek Memikat Suami ini. Mari sama-sama renung-renungkan nasihat ini. Awas bacaan yang berat dan dalam untuk sang pemikir. InsyaAllah

Di antara wasiat yang paling indah dan berharga adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abdul Malik bin Umair Al Qurasyi. Dia meriwayatkan dari Umamah binti Harits, seorang wanita yang kesohor memiliki kefasihan lisan, kehalusan bahasa, ketajaman berfikir dan kematangan intelektual. Dimana ia memberikan nasihat kepada puterinya, ketika telah berada di ambang pintu pernikahan. Melalui untaian kata-kata yang sangat indah, yang layak ditulis dengan tinta emas.

Abdul malik bin Umair berkata 
"Sewaktu Auf bin Muhallim Asy Syaibani, salah seorang tokoh Arab terpandang akan menikahkan puterinya Ummu Iyas dengan Harits bin Amr Al-Khindi, setelah mempelai dihias untuk dihantar ke calon suaminya. 
Lalu ibunya; Umamah binti Harits menemuinya seraya berwasiat:

"Wahai puteriku, seandainya satu wasiat diabaikan kerana memandang bahawa seseorang telah beradab atau kerana seseorang berketurunan mulia nescaya engkau lebih utama untuk tidak diwasiatkan. Pesan ini diangkat sebagai peringatan bagi orang yang lalai dan sebagai renungan bagi orang yang berfikir"

"Wahai puteriku, sekiranya seorang wanita tidak memerlukan suaminya lantaran kekayaan orang tuanya dan kebergantungan kepada orang tuanya, nescaya engkau adalah orang yang paling tidak memerlukannya. Tetapi sudah menjadi ketentuanNya bahawa wanita diciptakan untuk laki-laki, begitulah sebaliknya, laki-laki diciptakan untuk wanita"

"Wahai puteriku, beberapa saat lagi engkau akan meninggalkan tanah kelahiranmu, dan kampung halamanmu, menuju ke negeri yang asing bagimu. Untuk mendampingi teman hidup yang engkau belum kenali sebelumnya. Kemudian engkau akan menjadi miliknya dan dia akan menjadi raja bagimu. Mengabdilah engkau kepadanya seperti pengabdian seorang budak, nescaya dia akan menjadi hamba sahaya bagimu."

"Wahai puteriku, ambillah dariku sepuluh perkara yang akan menjadi bekal dan peringatan bagimu:

Pertama dan kedua:
"Dampingilah suamimu dengan rasa puas, dan bekali dirimu dengan banyak mendengar dan mentaatinya. Kerana sesungguhnya dalam kepuasan ada ketenangan, sedangkan dalam banyak mendengar dan taat akan mendatangkan keredhaan Allah"

Nota Saya: Teringat kepada tulisan Steven Covey dalam bukunya 7 Habits of Highly Effective People - 
Habit #5- Seek First to Understand, Then to Be Understood
Tabiat yang dimaksudkan oleh Dr Steven sememangnya banyak berkait rapat dengan kemahiran mendengar. Boleh baca lanjut di sini

Ketiga dan keempat:
"Kuatkan kepekaanmu pada penciumannya dan cermatilah pandangan matanya. Sehingga dia tidak melihat keburukan sedikit pun darimu, dan dia tidak mencium darimu, melainkan bau wangi yang paling harum. Sesungguhnya celak merupakan sesuatu yang paling baik dari apa yang ada, sedangkan minyak kasturi adalah cairan yang paling harum semerbak, yang didamba oleh semua orang"

Nota Saya : Kebersihan diri yang utama. Bukan perempuan sahaja yang sukakan wangian, malah lelaki juga. So, losyen and perfume mesti ada dan bawa ke mana-mana. Pilih yang suami kita sukalah kan.

Kelima dan keenam:
"Perhatikanlah waktu-waktu makannya dan tenangkanlah waktu tidurnya. Kerana sesungguhnya perihnya rasa lapar menjadi nafsu bergelojak dan tidak nyaman waktu tidurnya mengundang amarahnya"

Nota Saya : Waktu tidur adalah waktu kritikal untuk semua orang. Boleh bawak bergaduh la kata orang kan. Baik diperingkat usia bayi mahu pun dewasa atau menginjak usia emas, jadi, kalau suami nak tidur, cubalah elakkan anak-anak membuat bising. Kalau kita nak tidur pun sama juga kan?  

Ketujuh dan kelapan:
"Jalinkan dan sambunglah hubungan baik dengan kerabat dan keluarganya dan jagalah harta kekayaannya. Kerana menjaga hartanya sebagai bukti penghargaan atas jerih payahnya. Sedangkan menjalankan hubungan baik dan keluarganya, termasuk mengurus suami yang paling baik".

Nota Saya : This is something new for me, menjaga harta sebagai bukti penghargaan. Perlu dipraktikkan secara menyeluruh tak kira pemberian yang kecil mahu pun besar. Part menjaga hubungan baik semestinya perlu tanda hormat dan kasih kepada suami.

Kesembilan dan kesepuluh:
"Janganlah engkau buka rahsianya dan jangan engkau durhakai perintahnya. Kerana jika engkau buka rahsianya, maka engkau tidak akan selamat dari pengkhiatannya. Dan jika engkau durhakai perintahnya, maka bererti engkau mendidihkan amarah dalam dadanya"

Nota Saya : Yang terakhir ini lebih kepada amaran bahawa akibat tidak menjaga rahsia dan menderhaka akan membawa kepada pengkhianatan. Perlu berhati-hati dalam bercerita perihal suami.

Selanjutnya wahai puteriku...janganlah engkau menampakkan kegembiraan pada saat dia sedang dirundung duka dan janganlah engkau bermuram durja saat dia sedang bahagia. Kerana yang pertama merupakan kelalaian sedangkan yang kedua dapat mengeruhkan suasana hatinya.

"Jadilah engkau orang yang paling mengagungkan dirinya, maka dia akan menjadi orang yang paling memuliakanmu. Dan jadilah engkau orang yang paling mendukungnya, nescaya engkau langgeng bersamanya"

Ketahuilah wahai puteriku ... engkau tidak akan pernah sampai pada apa yang engkau sukai darinya, hingga engkau dahulukan keinginannya dari keinginanmu, dan kehendaknya diatas kehendakmu, terhadap segala hal yang engkau sukai dan engkau benci. Semoga Allah menganugerahkan kebaikan kepadamu dan senantiasa menjagamu.
Amiin.

*****************
Wah, pesanan yang begitu mendalam dari seorang ibu untuk puterinya. Semoga sama-sama mendapat manfaat dari pesanan-pesanan di atas. Saya harap saya juga dapat menyampaikan pesan ini kepada puteri saya suatu hari nanti. InysaAllah.

Tapi untuk waktu ini, semua pesanan ini boleh dijadikan pedoman untuk Projek Memikat Hati Suami sendiri. Ye tak? Hehe


xoxo,
Lina Saat
 

No comments:

Post a Comment