Terdapat banyak faktor mengapa pengambilan air adalah penting, terutamanya jika anda berdiet.Antara kepentingan air kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan adalah:
Pada peringkat awal proses penurunan berat badan sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kehilangan air, oleh itu anda perlu minum jumlah yang mencukupi air untuk mengelakkan dehidrasi.
Proses membakar kalori memerlukan bekalan air yang cukup untuk berfungsi dengan cekap; dehidrasi melambatkan proses pembakaran lemak!
Membakar kalori menghasilkan toksin (bayangkan ekzos yang keluar dari kereta anda) , dan air memainkan peranan penting untuk mengeluarkannya dari tubuh anda.
Dehidrasi menyebabkan pengurangan isipadu darah ; pengurangan isipadu darah menyebabkan pengurangan bekalan oksigen kepada otot anda dan pengurangan dalam bekalan oksigen kepada otot anda boleh membuat anda merasa letih.
Air membantu mengekalkan otot dengan membantu otot dalam keupayaan untuk meregang, dan ia melincirkan sendi anda. Penghidratan yang betul boleh membantu mengurangkan kesakitan otot dan sendi semasa bersenam.
Diet sihat termasuk jumlah serat yang baik . Tetapi manakala serat biasanya membantu untuk sistem penghadaman anda, TETAPI tanpa cecair yang mencukupi ia boleh menyebabkan sembelit dan bukan membantu untuk menghapuskannya.
Minum air dengan hidangan yang boleh membuat anda berasa lebih cepat kenyang . Walau bangaimanapun, meminum air sahaja mungkin tidak menghasilkan kesan ini. Untuk berasa tidak lapar , badan memerlukan kalori dan nutrien yang mencukupi!
Saya sertakan juga 5 tips untuk BERJAYA minum air sekurang-kurangnya 8 helas sehari:
- Minum air bersama buah-buahan segar
- Minum 'sparkling water'
- Tambah pemanis tanpa kalori
- Minum segelas teh O ais
- Tambah potongan Lemon dalam air anda
Credit to : http://www.healthygh.org/page.aspx?id=649032
Diharapkan tips di atas boleh diamalkan bersama. Bukan sahaja untuk mereka yang berdiet tetapi untuk semua yang ingin mengekalkan tahap kesihatan diri :)
xoxo,
Lina Saat
Shaklee Independent Distributor
+60133954748
Untuk info produk terkini dan maklumat berkaitan produk Shaklee Follow saya di Instagram : @lina_saat atau
Like Facebook Page Saya : Mums Vita House | +6013-3954748 | linasaat@yahoo.com
No comments:
Post a Comment