Saturday, 25 January 2014

Why I Choose to be Shaklee Distributor

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini 25 Januari 2013. Entry ini mula ditaip 4 hari lepas. Lambat betul rasanya nak publish post setelah lama tak menaip. Sudah menghampiri penghujung bulan Januari untuk tahun ini. Sudahkan kita bersedia untuk melangkah lebih jauh menghadapi tahun baru?

Cuba tanya soalan ini kepada diri sendiri ~Apa persediaan yang telah saya lakukan untuk menghadapi tahun baru ini?
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan saya sejak setahun yang lepas, pasti anda tahu berkenaan penglibatan saya dalam pelbagai jenis perniagaan. Perniagaan yang menggunakan pelbagai medium. Secara Online mahupun Offline. Dari menjual pinggan mangkuk hinggalah perniagaan Korset.
Dari perniagaan yang memulakan modal kecil sehinggalah ke perniagaan yang menggunakan modal besar. Pelbagai 'asam' dan 'garam' dilalui. Sehingga lah saya membuat keputusan untuk focus kepada satu jenis perniagaan iaitu sebagai Shaklee Independent Distributor.

Jadi, mahukan anda mengetahui lebih lanjut?  Kenapa saya memilih untuk focus kepada perniagaan Shaklee? InsyaAllah dengan membaca sepenuhnya entry ini anda mungkin akan mendapat jawapan untuk diri anda sendiri.
Saya bermula sebagai pengguna produk Shaklee semasa berpantang anak kedua saya, Muhammad Afnan Hadif yang dilahirkan pada 8 Februari 2013. Saya mendapatkan produk Set Berpantang dari seorang rakan setugas di UiTM yang juga merupakan seorang SID.
Sekiranya anda merujuk semula kepada entry saya yang pertama pada Mac 2013. ( Belum setahun rupanya blog saya nih. Hihi ). Saya seolah-olah tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk berniaga.
Kesalahan dalam perniagaan yang akan menjanjikan kelingkupan pada kadar segera adalah, peniaga tidak mengetahui hala tuju untuk perniagaan.

1. Hala tuju atau Matlamat
Perkara pertama yang saya pelajari dalam perniagaan Shaklee adalah untuk mengetahui hala tuju saya dalam perniagaan ini. Apa yang ingin saya capai dalam bisnes ini? Sejauh mana saya ingin masuk ke dalam bisnes ini? Siapa yang anda mahu bantu dalam bisnes ini? Bila saya mahu mencapai misi tersebut? Itu adalah antara soalan-soalan penting yang perlu saya jawab untuk menentukan hala tuju saya dalam berbisnes. Melaui penetapan hala tuju ini, akan membantu saya menentukan langkah-langkah seterusnya dalam bisnes ini.

2. Mentor dan Support Group
Permulaan saya mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan adalah tanpa mentor. Hanya berbekalkan niat dan keinginan untuk menambah pendapatan diri sendiri. Nak berniaga pinggan mangkuk. Susah sangat ke nak jual? Ha, kalau nak tahu susah ke senang, cubalah :)  
Pernah juga saya menghadiri seminar-seminar dan kelas yang dijalankan oleh
kumpulan perniagaan lain, tetapi saya merasakan yang diri saya tidak sesuai untuk berada dalam group tersebut kerana cara dan hala tuju perniagaan yang tidak menepati dengan matlamat dan situasi  saya sebagai ibu yang sangat-sangat memerlukan 'quality time' antara saya dan anak yang masih diperingkat usia  bayi. 
Tetapi dalam Group Empire Jutawan kelolaan Mummy saya, insyaAllah saya tidak perlu hadir kelas mingguan. Coaching session secara online menjadi teras perantaraan. Pertukaran maklumat sesama ahli diutamakan. Coaching session secara offline adalah pilihan diri sendiri.
Kerana, perniagaan ini adalah milik saya bukan my upline atau my downline!

3. Produk yang berkualiti
Produk keluaran Shaklee memang telah sememangnya diperakui keberkesanan dan kualitinya. Telah berada di pasaran sejak tahun 1956, usia perniagaan ini telah mencapai usia emasnya. Shaklee membelanjakan USD300 Juta untuk penyelidikan dan ujian klinikal supaya memenuhi jaminan kualiti produknya. Menjadikan tagline 'Always Safe, Always Work, Always Green' pastinya menjadikan pengguna sentiasa dekat di hati penggunanya. 
Cubalah hari ini dan anda juga pasti terpikat seperti saya juga.

4. Syariah Complience
Saya bukanlah ahli agama atau belajar agama tinggi untuk menentukan perniagaan yang saya jalankan mematuhi syariah atau tidak. Tetapi saya mencari maklumat berkenaan perkara ini kerana dalam setiap yang kita lakukan, hanya redha Allah yang dicari. Berikut adalah antara perkongsian berkenaan garis panduan perniagaan jualan lansung oleh Dr Zaharuddin di blognya.
Boleh klik di sini.
Oleh yang demikian saya juga kongsi dengan anda tulisan Dr Zaharuddin di sini dan tulisan salah seorang dari Master dalam Group Jutawan berkenaan isu ini di sini. (Dengan izin Master Farihah. Terima kasih banyak-banyak).  Jadi sesiapa yang ingin mencari panduan lengkap sememangnya perlu mendapatkan penerangan lanjut dari yang lebih arif dan bukan ber'ustaz' dan ber'ustazah'kan Mr Google sahaja.

Sekadar perkongsian dari saya dan diharap sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca-pembaca blog saya. Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan anda semua.


Kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan online anda, atau mahu MENCABAR DIRI dalam bidang perniagaan Shaklee, inilah masanya. Beri peluang kepada diri anda untuk memulakan tahun baru dengan azam yang baharu. Kita sama-sama tetapkan sasaran dan tengok hasilnya December 2014 nanti. Ada berani?

 Hanya bermodalkan RM75 sebagai permulaan, anda mungkin merubah kehidupan anda dari seorang yang biasa-biasa sahaja kepada menjadi orang yang luar biasa HEBAT!  Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Semoga hari anda adalah lebih baik dari semalam dan esok anda lebih baik dari hari ini. InsyaAllah.


I start blogging at 30,
Lina Saat
+60133954748
Shaklee Independant Distributor Nearby You
COD at UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Perdana dan kawasan sekitarnya

Nantikan entry saya selanjutnya ~
a) Eh, suami awak engineer pun nak berniaga?
ATAU
b) Projek Memikat Hati Suami!
Mana satu pilihan anda? 
Hehe




No comments:

Post a Comment